MELBOURNE: Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN, kerana nasib negara itu terletak pada Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Dalam ucapan semasa sidang pleno pemimpin pada Rabu iaitu sebahagian daripada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan di sini, Albenese berkata, komitmen Australia itu akan memastikan prinsip kedaulatan, integriti wilayah, kesaksamaan dan kemerdekaan dipertahankan.

"Australia komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan anda dalam rangka kerja ASEAN dan melalui badan penting seperti Sidang Kemuncak Asia Timur dan APEC.

" Kami memahami bahawa lebih daripada mana-mana bahagian lain di dunia – Asia Tenggara adalah tempat di mana nasib Australia terletak. Inilah sebabnya kami akan terus menyokong Tinjauan ASEAN anda di Indo-Pasifik dan memastikan kestabilan dan keamanan rantau kami," jelas beliau.

Menurut Albenese lagi, kerjasama bersama ASEAN adalah penting bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan ramtau ini dapat diperkukus memandangkan keudukan wilayah yang saling berhampiran antara satu sama lain

"Australia komited untuk bekerjasama untuk memastikan prinsip kedaulatan, integriti wilayah, kesaksamaan dan kemerdekaan dipertahankan.

"Untuk memastikan wilayah kita selamat, berdaya tahan, terbuka, inklusif dan makmur, seni bina serantau, dengan ASEAN di pusatnya, adalah penting dalam mencapai matlamat ini, dan untuk menggalakkan kepercayaan dan ketelusan di kalangan negara kita," tambahnya lagi.

Kesemua pemimpun utama kesemua negara Asia Tenggara menghadiri sidang meja bulat itu, antaranya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Australia menganjurkan sidang kemuncak tiga hari itu untuk menandakan ulang tahun ke-50 tahun sejak ia menjadi rakan kongsi luar ASEAN yang pertama.

Ia adalah usaha Australia bagi mengukuhkan hubungan dengan rantau Asia Tenggara yang sedang berkembang pesat.